Monday, 16 October 2023

Cara Empukkan Daging / Cara Lembutkan Daging

Hai, siapa di sini yang ada masalah untuk empukkan daging? Memang sukar nak lembutkan daging walaupun dah direbus dengan lamanya. Kadang-kadang ada daging yang masih liat walaupun dah direbus lama, spoil je kita nak makan daging tadi kan. Ok, saya nak bagi petua dekat anda cara nak lembutkan atau empukkan daging, daging yang dah dipotong direbus dalam air tetapi tanpa meletakkan garam sama sekali sebab partikel garam akan menyebabkan daging sukar nak empuk. Boleh juga rebus terus daging dengan air lebih memudahkan rebus dalam periuk rice cooker, tetapi letak paras air lebih yaa supaya tak smpai kering terus air daging tadi. Anda juga boleh letakkan 2 sudu besi, 3 biji kurma iaitu biji dalam buah kurma bukan isi kurma yaa, dan 2 helai daun pandan untuk 250 gm daging. Kalau daging lebih banyak, boleh lebihkan lagi bahan - bahan tadi. Dijamin dengan adanya bahan - bahan ini, daging akan lebih cepat empuk dalam tempoh masa paling maksima, lebih kurang sejam setengah bergantung juga pada jenis daging yang digunakan, ada juga dalam masa sejam atau kurang sejam pun dah betul2 empuk dan lembut untuk dimakan. Kalau tak ada semua bahan-bahan tadi, ada salah satu atau 2 bahan pun cukup juga cuma mengambil masa yang lebih sedikit. Anda boleh cek sekejap2 dalam lebih kurang sejam sama ada daging dah empuk dengan mencucukkan garfu pada daging yang direbus. Kalau mudah je cucuk garfu pada daging maksudnya daging dah lembut dan empuk. Guna teknik ini juga biasanya anda akan dapati daging yang direbus empuk dan lembut sekali dengan urat dagingnya. 

No comments:

Post a Comment

APA? LEPAS MASUK MESIN BASUH JE TETIBA DAH KERING TERUS?

https://invl.io/cllox63 https://invl.io/cllox8t Hai, di sini saya nk review tentang 1 produk yang sangat best yang sangat memudahkan para ib...