Tuesday, 24 October 2023

APA? LEPAS MASUK MESIN BASUH JE TETIBA DAH KERING TERUS?



https://invl.io/cllox63


https://invl.io/cllox8t


Hai, di sini saya nk review tentang 1 produk yang sangat best yang sangat memudahkan para ibu atau sesiapa sahaja yang nak lebih mudah untuk kerja laundry, lepas masuk mesin basuh je tahu-tahu dah kering terus, kan best macam tue. Tapi masalahnya nak buat research produk mesin pengering yang terbaik yang berbaloi tu yang sukar kan. Bagaimana pula kalau mesin basuh sekali mesin pengering 2 in 1, lagi best bukan? Dah jimat banyak space nak letak mesin basuh sekali dengan mesin pengering. Korang boleh try tengok mesin basuh serta pengering 2 in 1 jenama Electrolux, memang berbaloi sangat dengan harganya. Kalau anda perhatikan mesin dobi jenama Electrolux yang menjadi pilihan kebanyakan kedai dobi layan diri. Dengan adanya teknologi auto calculate berat baju boleh optimakan pengeringan baju dalam tempoh 4 jam. Kalau nak basuh dan keringkan pakaian dalam masa sejam pun boleh, pilih setting pada tombol mesin basuh WashDry 60 dalam masa sejam pun boleh basuh dan kering terus tapi dalam kuantiti pakaian yang sedikit. Jangan risau anda boleh semak berat pakaian dengan adanya sistem auto kira berat baju. Mesin basuh dan pengering 2 in 1 nie pun dijamin tahan lama sebabnya kami 1 family dah guna jenama Electrolux nie sejak tahun 2020, masih baik sehingga sekarang, waranti pun ada, elektrik pun jimat. Korang boleh window shopping mesin basuh pengering 2 in 1 dekat link di komen yaa. 


https://invl.io/cllox63


https://invl.io/cllox8t


Korang nak jana side income part time tanpa modal affiliate shopee dan pelbagai jenama terkenal boleh klik link daftar di bawah


https://invol.co/clk48cu


#dryer #mesinbasuh #mesinpengering #pengering #washerdryer #washer #shopee#shopeeaffiliateprogram #shopeeaffiliate #shopeeaffiliateid #affiliate #affiliatemarketing #reel #reelsfacebook #reels #reelsfb #reelfb #reelsvideoシ #reelsviralシ #reelsfbシ #viral #post #review #trending

Sunday, 22 October 2023

I Love Shopping at Watson


Hai, adakah korang peminat setia kedai watson? Boleh dikatakan setiap bulan atau 2 3 bulan mesti pergi kedai beli barang-barang keperluan diri seperti deodorant, ubat gigi, pencuci muka dan sebagainya lah kan. Okay, korang nak tahu lepas nie kalau korang tak perlu lagi nak bersusah payah keluar semata-mata nak ke kedai watson, lebih-lebih lagi yang susah nk keluar, belanja duit minyak lagi, atau belanja pemandu grab lagi, sekarang kan zaman online buying, watson pun ada website online, mudah je boleh pilih je barang keperluan dekat website, mudah juga nak cek available barang keperluan yang dicari berbanding sampai ke kedai watson tiba2 habis stok pulak. Diskaun pun ada juga beli di website,  ala macam korang selalu beli dekat shopee, tahu-tahu dah smpai depan pintu rumah, kan lebih mudah begitu.. Lepas tu, boleh tambah point dekat dalam kad watson, untuk dapatkan lebih nilai untuk pembelian seterusnya.. Kan dah jimat lagi, berganda-ganda penjimatan korang.. Korang klik link dekat bawah, boleh korang window shopping dekat website watson.

https://invol.co/clk3zq9

Thursday, 19 October 2023

Resepi Ubi Keledek Rebus Dengan Butter dan Pekatan Air Gula Melaka


Hai, pernah tak dengar ubi keledek rebus? Mesti ada yang pernah dengar biasanya orang yang tengah on diet makan ubi keledek rebus, tapi orang yang tak diet pun boleh juga try. Okay, resepinya simple dan mudah sangat.


2 ketul ubi keledek

2 biji kurma (tanpa isi kurma) 

4 sudu butter Anchor

4 sudu pekatan air gula melaka jenama Malasa (boleh didapati di Lotus) 


Cara-cara:

1. Kupas kulit ubi keledek kemudian potong ubi keledek lebih kurang seinci atau 2 ruas jari. 


2. Rebus ubi keledek dalam air mendidih selama 15 minit bersama 2 biji kurma. Tujuan letak biji kurma untuk mempercepatkan masa merebus ubi keledek. Pastikan paras air lebih daripada paras ubi keledek dalam periuk. 


2. Ubi keledek yang dah direbus setelah sejuk sedikit boleh terus dimakan dengan butter dan pekatan air gula melaka tadi. 


Selamat mencuba. 




Monday, 16 October 2023

Cara Empukkan Daging / Cara Lembutkan Daging

Hai, siapa di sini yang ada masalah untuk empukkan daging? Memang sukar nak lembutkan daging walaupun dah direbus dengan lamanya. Kadang-kadang ada daging yang masih liat walaupun dah direbus lama, spoil je kita nak makan daging tadi kan. Ok, saya nak bagi petua dekat anda cara nak lembutkan atau empukkan daging, daging yang dah dipotong direbus dalam air tetapi tanpa meletakkan garam sama sekali sebab partikel garam akan menyebabkan daging sukar nak empuk. Boleh juga rebus terus daging dengan air lebih memudahkan rebus dalam periuk rice cooker, tetapi letak paras air lebih yaa supaya tak smpai kering terus air daging tadi. Anda juga boleh letakkan 2 sudu besi, 3 biji kurma iaitu biji dalam buah kurma bukan isi kurma yaa, dan 2 helai daun pandan untuk 250 gm daging. Kalau daging lebih banyak, boleh lebihkan lagi bahan - bahan tadi. Dijamin dengan adanya bahan - bahan ini, daging akan lebih cepat empuk dalam tempoh masa paling maksima, lebih kurang sejam setengah bergantung juga pada jenis daging yang digunakan, ada juga dalam masa sejam atau kurang sejam pun dah betul2 empuk dan lembut untuk dimakan. Kalau tak ada semua bahan-bahan tadi, ada salah satu atau 2 bahan pun cukup juga cuma mengambil masa yang lebih sedikit. Anda boleh cek sekejap2 dalam lebih kurang sejam sama ada daging dah empuk dengan mencucukkan garfu pada daging yang direbus. Kalau mudah je cucuk garfu pada daging maksudnya daging dah lembut dan empuk. Guna teknik ini juga biasanya anda akan dapati daging yang direbus empuk dan lembut sekali dengan urat dagingnya. 

APA? LEPAS MASUK MESIN BASUH JE TETIBA DAH KERING TERUS?

https://invl.io/cllox63 https://invl.io/cllox8t Hai, di sini saya nk review tentang 1 produk yang sangat best yang sangat memudahkan para ib...